Wednesday, March 2, 2011

ok... hari hari aku pasang niat nak update blog... tapi lebih ja, biasa lah alasan kukuh mestilah malas.. aku besyukur kepada tuhan sebab dapat lagi bernafas sampai ke hari ini,. mungkin iman tak kuat, tapi sekurang kurangnya aku ingat tuhan.. pagi tadi aku pergi interview dekat satu company ni.. tapi macam biasalah tabiat nak hilang kan nervous, buat buat tak paham dan tak tido malam. sebenarnya kalau aku tak tido malam autometik aku jadi tak malu dan banyak becakap. tu salah satu sebabnya aku menahan seksa merabak kan mata untuk hari tu.. tapi ok la aku pon dah start kerja baru tu isnin ni.. hahah boss baru pon elok sopan ja.

jangan cerita pasal kerja.. semalam aku tolong mak aku pegi basuh rumah.. maklumlah ade orang baru nak sewa. so kena lah kemas.. dalam perjalanan balik kerumah tu, aku terserempak dengan satu kemalangan jalan raya agak teruklah... aku rasa kejadian tu baru ja berlaku. aku pon berhenti dengan kelamkabut aku dan mak aku melintas jalan nak tengok macam mana keadaan dia ornag. TAPI NI LAH TABIAT ORANG YANG PERIHATIN.. dah lah orang tu sakit luka sana luka sini... ada dia orang tengok ja SAMBIL CAKAP "EH KESIANYA BUDAK TU PATAH TANGAN RASANYA"... tu yang buat aku panas hati.. dah la budak kecik yang terbaring. bukanya nak tolong angkat masuk dalam kereta hantar pegi hospital dulu... aku malas cerita banyak dengan pantas angkat budak tu masuk dalam kereta terus bawak pergi hospital. sekurang kurangnya aku ada sikit la berperikemanusiaan dari pada pandai cakap ja dari segi praktinya "0" memang lah dia orang dah call ambulance. tapi nak tunggu dia orang sampai tu memang harapanlah... tapi yang buat aku rasa sedih sangat sebab adik kepada mangsa tadi tu tak dapat di selamatkan. dia meninggal dunia beberapa minit smapai hospital... mungkin kalau orang yg ramai ramai tadi tu tolong awal awal, mungkin dia ada peluang nk hidup lagi.. tapi nak buat macam mana kan ajal dia dah sampai... mungkin ni satu pengajaran bagi aku sebab cuba dalam situasi mcm tu family kita yang kena macam mana? mesti kita rasa macam nak marah pon ada,.huhhhh

ouh.. steam mengantuk tak habis lagi.. aku rasa macam nak makan dulu lepas tu baru tido sampai besok petang ZZZZZZZzzzzzz

No comments:

Post a Comment